1. Memerhati Dalam Diam(♥Wan Adnan♥)
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur(♥Wan Adnan♥)
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat(♥Wan Adnan♥)
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar(♥Bibieyy♥)
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin( belum mase nye lagi >__< )
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya
#ehhh ehhh just nak share. hee. aku bace ni kan rase mcm ade same je dgn Wan Adnan tau. sumpah tak tipu wehhh. yg ade dlm bracket tu je lahh tau. okay yg no 4 tu ayat akhir die tu aku tak berapa nak ngam ah, sorry to say lahh. aku tak rase wan akan buat perkara buruk dekat aku. tu ape yg aku rase. yee aku tahu ade yg betol. tp lelaki kan? aku tahu wan tak same dengan lelaki lain. hope wan ikhlas lah keluar dgn aku. aku lah yg first ajak die keluar, bukan die punn hee. teringat pulak sehh. ohmygod mcm tak pecaye kan aku dpt keluar dengan die. no 5 pulak tu tak pon sbb kitorang selalu text-ing je. selalu sangat hee happy text-ing dengan die and last no 6(malu sikit ni) yg ni belum lagi lah sehh, gelojoh betol. aku tunggu die melamar aku je.(perasan) okay okay wan ni sume untuk awak. Bibieyy sayang Wan♥ thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment